
Sulit
4 tahun
Sembelit tahi lembik
Hai . Saya berusia 23 tahun . Sekarang saya sedang mengandung . Sebelum kahwin saya memang selalu mengalami sembelit sukar membuang air beras tahi kera s. Dan skarang masih sama . Cuma najis saya sudah lembut. Saya rasa hendak membuang tapi masih tak boleh membuang secara normal. Perku guna jari untuk mengeluarkan najis. Dan baru boleh keluar najis yg lembut tu. Mak ayah adik adik saya semuanya berak normal. Boleh saya tahu kenapa ? Saya pun banyak skip makan ubat zat besi. Dan masih sama. Tetap susah membuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
Menunda buang air besar
Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Antara langkah yang disarankan untuk anda adalah:
Banyakkan serat dalam pemakanan
Banyak minum air
Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.