
Sulit
4 tahun
Sembelit yang amat sakit :sob:
Saya wanita berumur 16 thun. Saya mengalami sembelit hampir setiap kli saya membuang air besar.dan sye tak dapat membuang kesemua najis tersebut akibat susah keluar yg menyebabkan sye letih dan muntah2 ketika membuang:sob:boleh doktor sarankan ape yg patut sye lakukan atau ubat apa yg patut saye mkn:sob:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa punca mengapa anda mempunyai masalah untuk membuang air:
- Kurang mengambil sayur atau makanan yang mengandungi serat
- Tahi yang keras
- Masalah struktur anatomi usus
- Jangkitan usus
- Kanser usus
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi dan ia juga boleh berpunca daripada masalah yang tidak kami sebutkan di atas. Hal ini memerlukan perhatian dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan kepada anda.
Buat masa ini, anda boleh lakukan perkara di bawah:
- Banyakkan mengambil sayur atau makanan yang mengandungi serat yang tinggi
- Perbanyakkan pengambilan air
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai keadaan anda. Terima kasih.