penang_ain
5 tahun
Sembuh dari corvid19
Hi doctor . . .
Sy Ada terbaca Dalam jadual corona virus disease (convid19) Ada beberapa ketegori antara nya “jumlah kes sembuh” boleh doctor terangkan secara terperinci apakah yg di maksud Kan “jumlah kes sembuh” Serta ciri2 kes sembuh tersebut… Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mereka yang disahkan positif COVID-19 seramai 22 orang (setakat 25 Februari 2020) telah menjalani pemeriksaan throat swab yang dihantar ke makmal dan disahkan bahawa swab tersebut terdapat virus COVID-19.
Pesakit ini akan menjalani rawatan dan dilakukan throat swab setiap hari sehingga hasil swab tersebut adalah negatif; iaitu tiada lagi virus pada swab.
Dalam usaha membendung penyebaran virus, KKM telah bekerjasama dengan DoctorOnCall dalam mempersiapkan portal khas untuk merujuk tentang coronavirus di link ini (COVID-19 Portal). Sekiranya anda mempunyai gejala, anda boleh mendapatkan konsultasi doktor (Tanya Doktor Pakar KKM) yang tersedia pada jam bekerja (0830-1700). Selain itu, anda boleh melakukan kuiz untuk menilai risiko COVID-19 terlebih dahulu. Bagaimanapun sekiranya terdapat kecemasan, sila langsung menghubungi talian kecemasan 999.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































