zulkiflee

5 tahun

Seminggu Sakit Kepala

salam malam doc,saya dh seminggu sakit kepala,check darah tinggi,doktor tu suruh saya check bp hari dlm borang yg dia bagi dn lps 2 minggu rujuk ke klinik .
saya juga bf anak 2 thn.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Hai, terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.
Sakit kepala dan darah tinggi merupakan masalah yang sering dihadapi. Hubungan sakit kepala dan darah tinggi masih tidak jelas buat masa ini. Pakar-pakar berpendapat bahawa darah tinggi tidak menyebabkan sakit kepala pada peringkat rendah atau sederhana. Kebanyakan kes sakit kepala tidak berbahaya.

Sakit kepala boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Sakit kepala yang berpunca daripada masalah saraf di dalam otak adalah sakit kepala disebabkan oleh tekanan, migrain dan sakit kepala kluster. Sakit kepala juga boleh disebabkan oleh masalah di luar sistem saraf atau struktur otak, seperti darah tinggi yang serius, kanser otak, komplikasi kehamilan dan serangan angin ahmar.

Tekanan darah perlu diukur secara berkala untuk menentukan sama ada anda mengalami tekanan darah tinggi. Kadar tekanan darah boleh berubah jika anda melakukan aktiviti fizikal, sakit atau minum minuman kafein. Jika anda mempunyai 3 atau lebih kadar tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat, anda ada masalah darah tinggi.
Rawatan darah tinggi bergantung pada tahap darah tinggi anda.

Pesakit dengan tahap darah tinggi antara 120-159/80-99 mmHg dan berisiko rendah untuk penyakit jantung boleh cuba dirawati tanpa ubat melalui amalan gaya hidup yang sihat. Ini termasuklah pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal secara berkala, pengekalan berat badan yang ideal, tidak merokok, kurangkan minuman beralkohol, dan tangani stres dengan efektif serta dapatkan rehat yang mencukupi.

Jika tahap darah tinggi anda tidak dapat dikawali dengan cara-cara ini, anda perlu mengambil ubat darah tinggi. Sekiranya kadar tekanan darah anda melebihi 160/100 mmHg ataupun anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung, anda perlu terus makan ubat darah tinggi. Sesetengah ubat tidak sesuai digunakan sekiranya anda menyusukan anak. Sila bincang dengan doktor anda tentang ubat yang boleh diambil semasa penyusuan bayi.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)