Sulit
4 tahun
Semput selepas terkena covid
Hi doktor? Saya bekas pesakit covid19, selepas terkena covid19 , saya ada masalah pernafasan seperti nafas pendek, semput. Bila saya check oksigen menggunakan oxymeter oksigen saya ok 100 atau 99, boleh saya tahu, adakah saya perlukan alat bantuan pernafasan seperti inhaler?
Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dengan kesan selepas Covid-19.
Kesan selepas sembuh daripa Covid-19 berbeza mengikut individu.
Simptom yang seperti dinyatakan oleh anda banyak dilaporkan dan merupakan kesan sampingan yang akan bertambah baik dengan waktu.
Anda disarankan untuk tidak menggunakan apa- apa tanpa nasihat doktor.
Anda boleh mencuba beberapa senaman pernafasan dan mengelakkan tabiat seperti merokok jikalau ada.
Anda juga boleh mengambil nasihat pakar rehibilitasi untuk masalah ini.
Sila bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk nasihat dan pendapat lain yang dapat membantu anda.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































