
Sulit
5 tahun
Senak di bawah perut dan bawah zakar
saya lelaki berumur 22 tahun dan semenjak kebelakangan ni bila saya drive kereta dan duduk lama selalu rasa ada senak sampaikan buat diri saya tidak selesa dan amat sukar untuk berjalan. Tidak ada rasa sakit ketika buang air kecil tetapi pergerakan saya amat sukar kerana sakit senak yang saya alami. Adakah saya perlu berjumpa dengan doctor dengan segera atau hal ini normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, senak di perut berdekatan zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- Lipoma yaitu ketulan lemak yang membesar sehingga menimbulkan sensasi senak
- Limfadenitis - keradangan kelenjar limfa
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - jangkitan buah zakar akibat jangkitan virus atau bakteria
- Seluar dalam yang terlalu ketat - menyebabkan kesukaran pergerakan buah zakar dan zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.