
Sulit
4 tahun
Senak dibahagian belakang
Saya remaja berumur 20 tahun. Saya rasa senak dibahagian belakang badan kerana jatuh tersentak pada belakang badan ketika bersukan dan sehingga kini sukar untuk berjalan sukar untuk tunduk dan tidak selesa untuk berbuat apa apa. Apakah ini petanda sakit berpanjangan atau ianya akan hilang selang beberapa hari ? Minta penjelasan dari doktor.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa faktor penyebab, antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Slipped disc
- Batu karang pada saluran buah pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Sekiranya gejala ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapat kesimpulan yang sempurna. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!