Sulit
4 tahun
Senak perut dan loya
saya berusia 16 tahun. saya alami sakit perut dan berasa loya. lalu saya muntah. tetapi saya smpai sekrg masih rasa sakit.adakah serius tentang penyakit ini? dan saya tidak lalu hendak makandn susah mahu sendawa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis akut- boleh mengambil 2-10 hari untuk sembuh
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
- Pelvic inflammatory disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























