
Sulit
3 tahun
Senaman pernafasan untuk paru-paru
Saya ingin bertanya. Untuk membuat senaman pernafasan setiap hari, kita perlu gunakan berapa teknik dalam satu masa? Adakah cukup gunakan spirometer shj atau gunakan 3- 5 teknik dalam satu masa?mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, spirometer adalah alat untuk mengukur fungsi paru-paru. Terdapat beberapa senaman pernafasan yang boleh dilakukan untuk memastikan paru-paru sihat dan kuat. Antaranya:
Pernafasan memuncungkan bibir
Apabila mempunyai kesesakan nafas, senaman ini boleh membantu meningkatkan kadar kemasukan oksigen dalam paru-paru. Anda perlu duduk semasa bernafas dan tarik nafas sedalamnya melalui hidung selama 2 saat. Kemudian hembuskan nafas melalui mulut muncung selama 4 saat. Ulang teknik ini sehingga nafas kembali normal.Pernafasan diafragma
Boleh dilakukan semasa kesesakan nafas. Duduk atau baring dengan selesa. Tarik nafas sedalam mungkin sehingga bahagian perut besar dan mengembung. Hembus nafas perlahan-lahan. Gunakan teknik ini selama 5-10 minit.Latihan pernafasan bernombor
Latihan ini hanya semasa tiada masalah kesesakan nafas. Berdiri tegak dan tarik nafas dalam selama satu saat. Kemudian hembus nafas perlahan selama 1 saat. Ulang semula tarik nafas dalam selama 2 saat dan hembus perlahan dengan tempoh yang sama. Ulang latihan ini sehingga mencecah 8 saat.
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar kami mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.