
eiwaninadhirah1002
5 tahun
Sendawa berbau makanan lepas
saya wanita berusia 19 tahun . saya kerap sendawa berbau makanan yg dah lama makan.
ada kala 3 hari lepas saya makan sambal, selepas tu sendawa still ada rasa sambal di saluran tekak . apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perkara normal sekiranya anda makan terlalu cepat atau mengandungi bahan-bahan tertentu
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.