
Sulit
2 tahun
Sengal badan,kerap sakit kepala
Saya wanita berusia 28tahun berkahwin pada january lepas…saya kerap sakit kepala dan pening ( ada masa rase seperti berpusing) n sengal2 badan terutama pada pinggang,bahu n kaki…kadang2 ada rase loya macam nak muntah…selain tu perut saya juga kadang sakit mencucuk2…suhu badan saya juga tak menentu kadang rase bahang2 keluar dari badan…rase sepeti nak demam tapi tak demam…lemah sangat badan…saya mula rase semua tu start second week of september…mungkin ke tu petanda vertigo??boleh ke beri penjelasan??adakah folic acid beri kesan semua tu…saya dah consume folic acid almost 2bulan…harap doktor dapat beri jawapan sebab saya rase sangat tak selesa dengan keadaan saya sekarang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah-masalah yang anda alami ini, boleh disebabkan:
- Vertigo posisi - ia berlaku apabila anda berada pada kedudukan yang tertentu
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah dalaman telinga
- Masalah dalaman otak
- Kesan ubat-ubatan seperti antibiotik
- Migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.