
Sulit
3 tahun
Senggugut & ikhtiar hamil
Saya berumur 26 tahun.Kitaran haid saya normal cuma kadang kadang lewat sehari dua sahaja .Tapi saya sering senggugut.Saya sudah berkahwin pada 9/2018 dan pernah gugur pada 1/2019 kandungan 5 minggu .Sampai sekarang saya tak ada tanda² hamil. Adakah saya mempunyai masalah dalaman wanita? Rawatan apa saya perlu buat untuk ikhtiar hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keinginan anda untuk menimang cahaya mata namun mengalami kesukaran.
Untuk makluman anda, masalah sukar untuk hamil ini memerlukan maklumat terperinci daripada kedua-dua pihak suami dan isteri. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengandung boleh disebabkan:
- Faktor wanita - seperti Sindrom Polisistik Ovari, tiub fallopian tersumbat, masalah hormon
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, atau tidak aktif, masalah hormon
Oleh itu, anda dan pasangan disarankan untuk merujuk permasalahan ini di hospital agar pemeriksaan menyeluruh dapat dilakukan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor