
Sulit
4 tahun
Senggugut selepas haid
saya wanita berumur 25 tahun. seminggu lepas saya sudah haid. tetapi selepas seminggu itu, saya merasakan sakit bawah perut seperti senggugut. apakah yang sedang saya alami?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit seperti senggugut yang anda alami boleh disebabkan:
- Ovulasi - ovum melepaskan telur
- Radang pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Jangkitan dalam rahim
- Sakit perut akibat - keracunan makanan, sembelit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.