
fahcha09
5 tahun
Senggugut selepas period
Saya kerap rasa senggugut. Selalunya selepas period, & kerap terasa ngilu dibahagian bawah perut sebelah kanan. Jika sakit terlalu kuat, saya hanya mampu berjalan sambil tertunduk. Tapi sakit hanya sehari. Keesokannya kembali normal.
Pernah dapatkan rawatan di klinik, doc cakap mungkin hanya angin… Hampir setiap bulan selepas habis period saya rasa sakit seperti senggugut, malah lebih sakit…
Mohon pandangan dari doc, tqvm…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Sista lutein pecah - sista (cyst) lutein adalah hasil daripada pembesaran daripada hormon haid dan apabila ia pecah ia boleh menyebabkan kesakitan
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Ovari terbelit
- Masalah fibroid rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.