
Sulit
4 tahun
Senggugut teruk sehingga demam dan muntah-muntah
Saya remaja 14 tahun , sebelum datang haid saya mesti mengalami senggugut teruk sampai terguling guling , ada yang sampai demam dan muntah-muntah , setiap bulan mesti berlaku , adakah ini normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk anda berasa sedikit sakit semasa sedang datang bulan namun adalah tidak normal sekiranya sakit tersebut keterlaluan sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai senggugut anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami haid yang sakit, antaranya:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Radang organ pelvis (Pelvic inflammatory diseases)
- Stenosis serviks di mana bukaan pintu rahim terlalu kecil dan sempit dan menyebabkan darah berkumpul dan memberi tekanan pada rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Antara tanda-tanda lain yang boleh dilihat semasa senggugut adalah:
- Pening kepala
- Loya dan muntah
Anda masih risau tentang haid yang sakit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya senggugut dan haid anda mengganggu aktiviti harian anda dan keadaannya bertambah teruk.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.