
syiraisa
5 tahun
Senggugut tidak period
saya wanita 20an dan sy mnghadapi senggugut tanpa haid…berapa minggu sebelumnya saya mngalami pendarahan ringan selepas melakukan senaman…tetapi bile tiba bulan period sy hanya senggugut sahaja…dn pndarahan ringan yang sy alami cuma sehari sahaja…adakah ia normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Kesan perancangan keluarga
- Masalah ovari seperti kista ovari, ovari terbelit atau Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah endometriosis - lapisan dinding rahim yang merebak ke bahagian pelvis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.