
aaniszulaikaa
5 tahun
Senggugut yang melampau
Saya wanita berumur 20-an, dan masih belum berkahwin. Saya nak tanya, pagi tadi saya tengok ada darah period pada seluar saya, kemudian darah itu berhenti. Dan malam ini saya sakit di abdomen bawah perut, sekitar ari2. Pada mulanya, saya menyangka senggugut. Tapi sakit itu berterusan lebih 30 minit tidak seperti senggugut yg saya alami sebelum ini dan saya tidak mampu untuk berdiri tegak. Saya perlu berjalan sambil membongkokkan badan, saya beranggapan bahawa ini senggugut yang teruk. Apa pendapat Dr bagi masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman cik, Terdapat dua jenis senggugut iaitu :
Senggugut Primer
- Berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor.
- Biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. T
- Boleh berlaku dalam kalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis.
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).
- Cyst Ovari dan tumor
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.