
Sulit
5 tahun
Sengugut tanda hamil?
Saya ingin bertanya jika saya sakit perut senggugut itu tanda saya hamil ke? Sebab period saya sudah lewat dan skrg saya kerap rasa senggugut, adakah disebabkan saya ingin period atau hamil atau ada masalah lain ye? Sbb smpai skrg saya belum period lg. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, senggugut atau turut dikenali sebagai dismenorea boleh dibahagikan kepada dua kategori:
Primary Dysmenorrhoea
Kesakitan sewaktu haid yang berlaku dalam kategori ini merupakan kesan dari proses fisiologi yang normal berlaku dalam setiap wanita
Secondary Dysmenorrhoea
Dalam kategori ini, sakit yang berlaku ketika haid adalah disebabkan abnormaliti pada organ peranakan wanita itu sendiri.
Antara penyebab primary dysmenorrhoea
- Rahim yang terbalik (Retroverted uterus)
- Menstruasi yang lebih panjang, pendarahan yang terlalu banyak atau kitaran haid tidak teratur
- Kurang bersenam
- Merokok
- Berat badan berlebihan
- Banyak mengambil minuman keras
- Tekanan emosi
- Mula mendapat haid sebelum berumur 12 tahun
- Ada sejarah keluarga terdekat yang mengalami dismenorea
Secondary Dysmenorrhoea pula adalah gejala kesakitan sewaktu datang haid akibat abnormality pada rahim. Antara abnormaliti yang boleh berlaku adalah:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Masalah diatas juga boleh menyebabkan lewat datang haid. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengesyaki anda hamil, anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan.
Sila klik link ini untuk mengetahui cara menggunakan ujian kehamilan dengan tepat.
Klik pada link ini untuk mengetahui cara membuat ujian kehamilan dengan betul.
(Ujian kehamilan)
Tanya Doktor Soalan Tentang Kesihatan - DoctorOnCall
Utarakan sebarang pertanyaan tentang kesihatan kepada kami. Doktor-doktor kami yang bertauliah dan berpengalaman sedia menjawab segala persoalan anda.
Ujian ini disarankan untuk dilaksanakan 1 minggu/ 2 minggu selepas lewat datang haid dan waktu pagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.