
Sulit
4 tahun
Sentiasa mengantuk , kepala merasa sedikit berat dan sedikit pening kepala
Saya lelaki berusia 26 tahun. sejak dua bulan kebelakangan ini saya sentiasa rasa mengantuk. hanya sedikit pening dan kepala merasa sedikit berat. walaupun dah cukup tidur dan tidak penat bekerja saya tetap rasa mengantuk.
Dua tiga hari ini makin terasa mengantuk. terlalu mudah untuk tidur. kejam mata sekejap terus tertidur. biasa nya saya perlukan masa beberapa minit untuk tertidur
Petang tadi saya mengantuk sangat ketika memandu padahal semalam saya mendapat tidur yang cukup.
Apa yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah mengantuk.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan sebegini mungkin disebabkan oleh:
- Tidur yang kurang berkualiti
- Masalah hormon
- Tekanan emosi
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, amalkan sleep hygiene yang betul. Amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.