
Sulit
3 tahun
Sentiasa merasa resah
Saya remaja perempuan berumur 16tahun saya sentiasa merasa resah sehingga dada saya merasa sakit seperti menangis tanpa henti tangan saya jugak kerap berpeluh dan ketar seolah ii saya duduk di suhu yg dingin lately ni saya mudah tertekan sensitif dengan perkara yang kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- tiroid
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan organ dalaman (limpa, pankreas, buah pinggang, dll.)
- anxiety
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.