
Sulit
4 tahun
Seperti ada sesuatu dia bahagian tekak dan dada
Saya merasa ada sesuatu dibahagian tekak saya, dan saya tidak merasa sakit sama sekali. Merasa sesuatu di bahagian tekak saya sampai merasa di dada saya menyebabkan saya tidak nyaman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan anda. Saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yand anda sedang hadapi iaitu merasai sesuatu di tekak atau leher.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk makluman anda, rasa sesuatu yang anda alami mungkin boleh dikategorikan sebagai bengkak. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan bengkak di tekak atau leher. Antaranya :
Bengkak nodus limfa : nodus limfa biasanya akan bengkak sekiranya seseorang sedang mengalami jangkitan, stress atau kesan ubat ubatan.
Keradangan Tonsil : ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada tonsil. Simptom lain termasuklah sakit ketika menelan makanan atau minuman.
Keradangan pharynx : pharynx merupakan satu bahagian organ yang berada di belakang mulut. Sekiranya berlaku keradangan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, pharynx akan membengkak dan membuatkan pesakit rasa tidak selesa di bahagian tekak.
Nodul Tiroid: Tiroid yang terletak di bahagian leher mungkin mengalami jangkitan atau terlebih aktif boleh menyebabkan bengkak di leher.
Setiap penyakit yang dinyatakan memerlukan pemeriksaan yang lebih mendalam oleh Pakar Kesihatan. Sekiranya simptom anda berpanjangan, saya menasihatkan anda untuk berkunjung ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak sedia untuk membantu anda menyelesaikan masalah bengkak di leher !
Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat Pakar secara peribadi di atas talian.Terima kasih.