
Sulit
3 tahun
Seram sejuk menggigil ketika hamil
Saya wanita 34 tahun. Semasa kandungan lepas, saya mengalami bentan semasa pantang seram sejuk, menggigil & demam bengkak susu. Sekarang saya hamil 11 minggu & saya akan rasa menggigil seram sejuk yg sama kalau cuaca terlalu sejuk. Apa tindakan terbaik utk saya lakukan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Suhu basal tubuh menjadi tinggi ketika hamil
- Perubahan kadar hormon
- Anemia
- Morning sickness
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan