
Sulit
4 tahun
Serangan panik (panic attack)
Saya perempuan berumur 16 tahun
Ada 1 situasi di Mana jika say berhadapan dengan orang yang saya benci atau situasi yang saya tidak suka saya akan mengalami “jantung yang berdegup sangat kencang seperti ingin tercabut,tangan bergetar,mual,pening,fikiran negetif” saya ingin bertanya adakah simpton yang saya alami tu Ada kena mengena dengan panic attack?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala jantung berdegup sangat kencang, bergetar, mual dan pening secara tiba-tiba merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- serangan panik
- gangguan depresi
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- amalkan sikap positif, bertoleransi & memaafkan
- jauhi dari sifat membenci yang keterlaluan
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- sentiasa mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan sekiranya gejala sering berlaku, bertambah kerap, atau sudah diluar kawalan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.