
Sulit
4 tahun
Serangan sakit kepala
Hai! Saya merupakan seorang wanita berusia 24 tahun, bekerja sebagai digital marketing yang akan gunakan komputer seharian. Saya mengalami serangan sakit kepala di bahagian belakang (di bahagian kiri) kepala. Serangan sakit kepala ibarat menekan itu terjadi secara tiba tiba dan hilang dalam beberapa saat. Saya tak tahu puncanya mungkin dari hari-hari saya terdedah dengan skrin ataupun kesan trauma jatuh terlentang kepala waktu umur 10 tahun. Saya dah alami serangan ini dari tahun 2015 hingga kini cuma serangan itu tak kerap. Dalam sebulan 2 kali itupun dia serang ketika bermain dgn skrin, laptop, makan serta ketika memandu. Saya ada rujuk dengan doktor tapi agak susah untuk dapatkan surat rujukan untuk tujuan ctscan sebab saya tak ada simptom seperti pitam, pening kepala dan sebagainya. Boleh doktor terangkan secara lanjut apa yang saya alami sekarang? Sebab doktor yang saya rujuk nasihat untuk jangan terlalu peduli dgn serangan itu tapi sgt membimbangkan saya serangan itu sering terjadi di bahagian yang sama seperti mungkin ada darah beku atau sebaliknya. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang sakit kepala mencucuk tersebut. Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan sakit kepala anda dan agar pemeriksaan seperti CT scan atau rawatan yang sesuai dapat diberikan, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dijalankan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.