Sulit
4 tahun
Sering berfikiran celaru
saya seorang student yang berumur 23. saya tidak pasti yang saya trauma dengan perkara yang terjadi sejak saya kecil atau saya sering berfikiran negatif. saya memikirkan bahawa saya tidak akan selamat dengan orang yang berada disekeliling saya termasuk keluarga saya sendiri. sampai satu masa saya berasa gelisah, sedih, marah, moody. apa yang saya rasa 12 tahun lepas mengenai keluarga saya, saya rasa saya tidak akan rasa kebahagian yang sebenar. saya konfius dalam membuat pemilihan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perasaan tidak selamat dan berfikiran negatif. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
- Kurang aktiviti kemasyarakatan
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri



























