Anonymous
6 tahun
Sering kali berasa sakit lutut
saya remaja perempuan berusia 19 tahun…semasa saya berusia 17 saya pernah jatuh terduduk dan selepas x ray doktor menunjukkan tulang lumbar saya lari sedikit dari posisi asal dan menyebabkan saya sakit bila hendak duduk…syukur selepas saya menjalani rawatan didalam air saya sembuh seperti sediakala…selepas beberapa bulan saya menolong ayah saya membuat kerja untuk menyiapkan rumah kami…jadi saya sering membuat kerja berat seperti membawa batu bata,mengangkat simen…jadi selepas saya menyiapkan kerja2 itu…lutut2 saya sering sakit dan lega selepas sapu minyak angin dan letak ais bagi melegakan sakit lutut itu…tapi tahun ini saya sudah 19 tahun dan sudah menyambung pelajaran di universiti…selepas saya menaiki tangga untuk naik ke rumah saya di tingkat 4…lutut saya berasa sangat sakit seperti ligamen di bahagian lutut berasa tegang sangat2…setiap kali saya bangun pagi saya ingin merenggangkan badan dan lutut saya berbunyi ‘pop’ seperti sedang membetulkan tulang yg lari dari posisi asal…adakah saya perlu ke hospital untuk x ray…atau ada kemungkinan saya perlu operate jika keadaan lutut saya ini serius? mohon penjelasan doktor,harap maaf jika bahasa saya ini kurang difahami…terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
Perdarahan pada sendi.
Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

















