
Sulit
4 tahun
Sering kentot pada waktu suboh
saya ada makan ubat Omeprazole sbb saya di diagnosis doktor saya mengidap gerd…Dalam berapa hari saya sering kentot di waktu suboh…dan rasa ketidak selesaan pada bawah perut…Saya buang air besar kadang kadang ada lendir putih bersama najis.kenapa ya doktor…Buang air besar macam biasa kenapa ya doktor…apakah penyakit saya ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sering membuang angin pada waktu pagi dan juga disertai rasa perut tidak selesa bersamaan dengan gejala lendir putih ketika membuang air besar.
Simptom-simptom yang alami ini boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan pembuang angin yang kerap iaitu:
- Penyakit kronik usus
- Penyakit keradangan diverticula (Diverticuitis)
- Irritable bowel syndrom
- Keradangan usus berulser. (Ulcerative Colitis)
- Penyakit Chron’s
- Ketumbuhan bakteria pada usus
Mengenai gejala lendir putih tersebut, ia boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria
- Penyakit usus tersumbat
- Penyakit Chron
- Irritable bowel syndrome
- Masalah pencernaan makanan (Food intolerance)
- Jangkitan STI (Sexual transmitted infections) seperti HPV, herpes dan sifilis.
- Fistula dubur atau buasir.
Kami sarankan anda berjumpa kembali dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi bagi mengenalpasti punca masalah anda serta menjalani ujian dan siasatan kesihatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.