
aqmar.zahayra
5 tahun
Sering lupa pada apa yang saya buat
Assalamualaikum dokter, saya aqmar (14th), baru-baru ni saya sering lupa macam tak ingat sesuatu perkataan tu bila nak cakap ,lupa apa yang 10 minit lepas saya buat, lupa semalam saya buat apa, dan tak ingat rancangan saya untuk buat lepas ni… Bila cuba nak di ingatkan balik kepala jadi rasa pening sedikit… Dan saya juga sering keguguran rambut yang banyak jadi saya takut ada kena mengena dengan lupa ni… Jadi apakah lupa saya ni lupa biasa atau sesuatu penyakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rambut gugur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah diet seperti kurang vitamin, protein, dan zat besi
- Akibat rawatan penjagaan rambut yang kurang baik seperti blowdry, produk yang kasar, penggunaan getah rambut atau sikat yang kurang benar dan sebagainya
- Masalah rambut seperti penyakit keturunan, akibat penyakit autoimun
- Akibat jangkitan kulat
- Akibat stres seperti stres melahirkan/ hamil, menopause dan stres harian
- Akibat sesetengah ubatan
- Akibat rawatan kanser
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rambut anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Merujuk kepada keluhan mudah lupa. Sebetulnya keluhan tersebut adalah agak subjektif. Justeru, sebaiknya anda merujuk ke doktor atau doktor pakar dan meminta dilakukan tes sederhana untuk menilai memori anda seperti MMSE dan lain-lain.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.