
Anonymous
6 tahun
Sering mengalami rasa sakit kepala dan pitam
saya berumur 18tahun , saya selalu rasa nak pitam setiap kali bangun dari baring/duduk dan setiap kali membuat aktiviti lasak seperti mendaki bukit. apa punca dan cara rawatnya?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC).
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.