
Sulit
4 tahun
Sering mengalami simptom seperti vertigo..Kerap menyerang tetapi tidak berlaku setiap hari
Sy wanita berumur 22 thn sering mengalami simptom vertigo yg sgt kerap terutama sekali menjelang peperiksaan…Apa recommendation dr doktor utk rawatan? Simptom yg sering sy alami adalah seperti sakit kepala, pening, rasa mual, terasa sekitar berpusing dan telinga ada bunyi berdesing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang vertigo.
Untuk makluman anda, vertigo adalah simptom/gejala, ia bukan satu penyakit. Vertigo berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit dalaman telinga yang lain. Antara ciri-ciri untuk mengatakan anda mengalami vertigo adalah:
- Rasa berpusing-pusing
- Rasa badan tidak seimbang
- Rasa bergoyang0goyang
- Badan beregrak ke satu arah sahaja
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Telinga berdesing
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Antara penyakit yang menyebabkan vertigo berlaku adalah:
- Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
- Maniere’s disease
- Vestibular neuritis
Rawatan untuk vertigo adalah dengan merawat penyakit yang menyebabkannya. Oleh itu saya sangat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah vertigo anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.