Anonymous

6 tahun

Sering pening kepala, senang berpeluh hampir seluruh badan, dan keletihan yang melampau

Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor.

Saya seorang wanita berumur 24 tahun. Saya baru sahaja menjalani pembedahan ACL pada 26 Feb 2019.

Sebulan selepas post-op saya tidak mempunyai apa2 masalah, luka saya juga kering dalam keadaan baik.

Cuma, kebelakangan ini, lebih kurang 2 minggu saya alami badan panas seperti dehidrasi, sedangkan saya telah membuat jadual minum 8 gelas sehari malah saya lebihkan 2-3 gelas sehari.

Selain itu, saya sering berpeluh walau saya terbaring di kawasan yang berangin kuat, rumah saya tiada penghawa dingin. Malah, ketika saya cuma berdiri dan tidak melakukan apa2 aktiviti badan saya berpeluh kuat. Saya memang ada hiperhidrosis. Tetapi, kali ini, peluh saya semakin banyak dan sukar dikawal menyebabkan saya kurang selesa walau tidak berbuat apa2 aktiviti.

Lain pada itu, saya mudah pening dan rasa mabuk seperti dunia berpusing setiap kali saya cuba untuk berdiri menyukarkan saya untuk membuat aktiviti harian.

Saya ada ahli keluarga (sebelah ibu) yang mempunyai penyakit thalassemia. Adakah ianya berkaitan atau ini merupakan kesan sampingan pembedahan atau saya mempunyai masalah yang lain, doktor?

Waalaikumsalam, terima kasih atas pertanyaan anda.

Bagi mengenal pasti punca masalah yang anda hadapi, maklumat lebih mendalam perlu kami ketahui terutamanya mengenai hiperhidrosis & sakit kepala. Terdapat kemungkinan bahawa keadaan hiperhidrosis menjadi lebih teruk.

Salah satu simtom yang anda nyatakan adalah pandangan anda menjadi berpusing-pusing apabila berdiri. Simtom ini seringkali ditafsirkan sebagai sakit kepala, namun apa yang anda alami mungkin bukan rasa sakit pada kepala, sebaliknya rasa pening akibat pandangan yang berpusing.

Masalah ini dikenali sebagai vertigo. Vertigo seringkali menjadi punca kedatangan seseorang ke klinik dengan aduan, berasa pening, dunia berpusing dan terasa ingin jatuh.

Punca vertigo adalah:

  • BBPV (Benign Proxysmal Positional Vertigo)
  • Penyakit Meniere’s: kerosakan pada organ dalam telinga akibat terkumpulnya cecair, mengakibatkan tekanan tinggi dalam telinga
  • Labyrinthitis: bengkak pada kawasan sekitar saraf yang membantu imbangan badan dalam telling akibat jangkitan
  • Vertigo juga boleh disebabkan kecederaan pada leher, barah otak, strok, atau kesan ubatan yang merosakkan struktur telinga

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)