
Sulit
4 tahun
Sering risau dengan perut
Saya lelaki 17 tahun saya risau tentang kanser usus…saya mula mencari di google tentang tanda² kanser usus Dan pada Haritu perut saya mula sakit saya lihat najis saya berketulan besar…dan saya takut adakah itu di sebabkan pemikiran

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, sakit perut bukan sahaja disebabkan oleh kanser usus, malah pelbagai penyebab lain yang serius mahupun tidak. Bagi menetapkan sebuah diagnosis, pemeriksaan lengkap dan teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan dibuat. Bagaimanapun, sakit perut dapat disebabkan oleh pelbagai penyebab yang lazim, seperti:
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Stomach ulcer
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti berak berdarah, penurunan berat badan dan sakit perut yang amat hebat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih