
Sulit
3 tahun
Sering sakit kepala dan tengkuk selepas kemalangan
Saya wanita berumur 17…setahun yang lalu saya terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan ringan dikepala…pada mula pemeriksaan…saya tidak ada kecederaan yang serius…tapi selepas sebulan berlalu…saya sering sakit kepala dan lenguh tengkut yang teramat sakit…dan sampai sekarang sakit masih berterusan…bagaimana saya ingin menghadapi penyakit ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit kepala dan tengkuk yang berterusan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala sakit kepala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
Namun begitu, sakit kepala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.