
Sulit
3 tahun
Sering sakit kepala ludah darah
Saya lelaki berumur 25 tahun dan saya mula sakit kepala sejak 2 bulan yang lalu. Pada awalnya saya fikir ianya cuma sakit kepala biasa sahaja kerana saya sering migraine dan ianya dalam kawalan yang baik. Tetapi ianya makin teruk apabila kerap kali saya bekerja saya kena sakit kepala yang kuat di bahagian atas depan kepala yang menyebabkan saya hilang focus dan mulut saya mula merasa seperti ada rasa yang seperti tak sedap, bila saya pergi untuk basuh mulut sebaik sahaja saya meludah darah sudah keluar tetapi keluar darah yang sikit sahaja lah bukan darah yang pekat dan banyak. Ianya selalu terjadi pada waktu puncak ketika kerja, kadang tu selepas saya makan sakit kepala sudah tiada. Sekarang ini satu hari saya sakit kepala dan darah tak keluar selalu cuma keluar selepas saya buat kerja berat. Setiap hari perkara yang sama berlaku. Jadi saya ingin tahu apa yang menyebabkan ini terjadi, apa perlu buat dan apa implikasi kalau dibiarkan. Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah sakit kepala dengan kerap dan meludah darah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan oleh gangguan tekanan semasa kerja untuk memburukkan masalah migrain anda. Manakala, mengenai meludah darah, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah tersebut. Antaranya :
- Gastritis
- Jangkitan kuman pada perut
- Jangkitan pada paru-paru
- Pendarahan dalaman
Ini adalah jawapan secara umum. Untuk mengetahui punca masalah anda secara tepat, kami memerlukan sejarah perubatan anda yang lengkap serta pemeriksaan fizikal. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.