
rashidsuziey
5 tahun
Sering sakit kepala perut dan dada
Sy berusia 35 thun hampir setiap hari sakit kepala yg teramat sangat.jantung bedebar2 dan mudah letih,urat halus banyak timbul di pegelangan kaki sering sakit di atas dada kanan.tekanan darah juga rendah,saat ini sudah 3 hari sakit perot tak henti bila makan mkin sakit,bila dh baring nk bediri perut jd sakit bila dh duduk nk bngun pon perot mula xselesa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda hadapi beberapa sebab boleh disenaraikan seperti:
- Radang apendiks
- Penyakit Radang Usus
- Sekiranya perempuan : kehamilan ektopik, torsi ovari, penyakit radang pelvis
- Radang/ulser perut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.