
najihahalyaa2002
3 tahun
Sering sakit kepala, sukar tidur malam, sering cirit birit, emosi tidak menentu, badan selalu rasa lemah, kuat berfikir, mudah lupa, susah untuk beri tumpuan dalam sesuatu hal, tidak ada semangat untuk meneruskan sesuatu walaupun sesuatu yang diminati,
Saya remaja berumur 19 tahun. Saya sukar tidur malam, kerap sakit kepala tanpa sebab, kerap cirit birit, selalu overthinking tentang benda yang tidak pasti, mudah lupa, kurang daya tumpuan dalam setiap hal, emosi yang sering berubah tanpa sebab, bada sering rasa lemah dan tidak ada motivasi untuk melakukan sesuatu hal walaupun benda tu saya minat dan tiada selera makan. Saya sering rasa penat yang teramat sangat.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami depression. Antaranya gejala depression adalah:
- Berasa sedih, hampa atau risau
- Mudah berasa jengkel
- Berasa tidak berupaya, tidak berharga atau bersalah
- Kurang berminat dalam menjalankan aktiviti
- Kurang bertenaga
- Berkomunikasi atau bergerak lebih lemah daripada biasa
- Kegelisahan
- Sukar memberikan tumpuan
- Perubahan dalam corak tidur
- Perubahan selera atau berat badan
- Perasaan atau percubaan membunuh diri
- Rasa sakit yang sukar digambarkan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri