Sulit
2 tahun
Serumah dengan positive covid 19
Boleh atau tidak Kita tinggal serumah dengan positive covid Dan Kita adalah contact rapat Yang sedang kuarantin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Jika Serumah Dengan Kes Positif Covid-19
Seperti saranan KKM, ini tips yang anda perlu ikut!
- Duduk di rumah untuk 10 hari
- Tak berkongsi bilik dengan kes positif
- Sentiasa pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan 1 – 2 meter daripada kes positif
- Letak makanan dan minuman di luar pintu supaya boleh diambil sendiri oleh kes positif
- Sentiasa pakai sarung tangan bila menguruskan perkakas yang digunakan oleh kes positif
- Selalu cuci tangan dengan air dan sabun serta gunakan hand sanitizer
- Pantau diri setiap hari untuk gejala Covid menggunakan aplikasi mySejahtera
Inilah antara tips yang perlu diikuti oleh mereka yang serumah dengan kes positif. Kalau anda tiba-tiba rasa ada gejala covid, terus pergi ke klinik / hospital untuk melakukan ujian Covid dan mendapatkan rawatan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini