
Sulit
5 tahun
Sesak nafas biasa tak batuk tak ada demam
Saya wanita umur 25 tahun . Ada sakit kepala & sesak nafas biasa sejak 3 hari ini. Tetapi tidak ada demam atau batuk . Adakan saya perlu check untuk wabak covid 19 ini ?

5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Saya fahami tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID19 sedang berleluasa.
Menurut WHO, gejala COVID adalah seperti berikut:
- demam (37.5 degree celcius)
- batuk
- sakit tekak
- sakit sendi
- kesukaran bernafas
- sakit kepala
Keperluan ujian saringan adalah bergantung kepada risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya berisiko tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Walaubagaimanapun, penting untuk kita mengetahui masih terdapat masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan gejala sesak nafas. Antaranya:
- anemia sel darah merah yang rendah (lebih-lebih jika anda berasa letih berlebihan, muka pucat, pening kepala)
- asma (jika anda mempunyai penyakit alahan lain)
- copd (jika anda seorang perokok)
- merokok (menghasilkan cecair mukus pada ruang udara, dan menyempitkan saluran)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini