fariszwan96
5 tahun
Sesak nafas dan menarik nafas tidak puas
Hi. Saya berusia 24 tahun. Sejak 19/3 saya berasa sesak nafas dan rasa bernafas tidak puas. Saya juga mengalami sakit tekak. Saya telah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan doktor mendapati saya mempunyai kahak dan mengalami alahan paru-paru. Sehingga kini, saya merasakan tiada lagi sakit tekak tetapi masih ada masalah bernafas tidak puas dan kadang-kadang merasa sesak nafas. Boleh saya tahu apa masalah kesihatan saya dan perlukah saya berjumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda sedang mengalami masalah kesukaran bernafas. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































