
Anonymous
5 tahun
Sesak nafas dan sakit di bahagian atas perut
Saya wanita berusia 20 thn saya sering sesak nafas sejak sekolah sejak berusia 13 thn tapi bila jumpa doktor ,doktor berkata saya sihat?? Satu lagi sekarang saya sering sakit di bahagian atas perut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- jangkitan paru-paru
- sakit otot
- sakit jantung
- masalah saraf
- kemurungan atau gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.