
bagaikanputra
5 tahun
Sesak nafas selepas cabut gigi
Hi doc saya tadi gigi saya tercabut apabila saya tolak gunakan lidah selepas itu saya rasa seperti susah nak bernafas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda mungkin tertelan gigi tersebut dan gigi ini tersumbat pada saluran pernafasan anda yang menyebabkan kesesakan nafas. Kalau begini, anda perlu pergi ke hospital untuk membuat imbasan untuk mendapatkan diagnosa yang lebih tepat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.