
fidaharun97
3 tahun
Sesak Nafas selepas Vaksin (Sinovac 1st dose)
Ayah saya baru ambil vaksin 3 hari lepas. Then demam, makan ubat dah okay. Lepas tu rasa sesak nafas & perlu dpt rawatan kecemasan. Ayah memang ada masalah paru paru berparut. Sekarang saya rasa risau untuk ayah ambil dos yg kedua. So better utk teruskan atau tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai ayah anda yang mengalami kesesakan nafas selepas pengambilan vaksin Sinovac.
Memandangkan ayah anda mempunyai masalah paru-paru, ini boleh menyumbang kepada kesan sampingan yang dialami oleh ayah anda. Ada risiko untuk ayah anda mengalami kesesakan nafas semasa pengambilan dos kedua.
Kami perlu membuat penilaian atas tahap kesihatan ayah anda dan menimbangkan dulu kebaikan dan risiko vaksin dos kedua untuk ayah anda sebelum kami dapat memberikan kepastian.
Sekiranya ayah anda berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan, beliau boleh diberi kebenaran untuk mengambil dos kedua. Saranankan kami adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor perubatan supaya anda boleh dinasihati mengenai langkah-langkah seterusnya.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini