
Sulit
4 tahun
Sesuaikah perokok mengambil vaksin astrazeneca?
as salam doktor…betul ke ada yang kata heavy smoker tak boleh ambil vaksin AstraZeneca…ada yang kata mudah kene blood Clot…mohon doktor jelaskan…terima kasih doktor…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perokok mempunyai risiko untuk dijangkiti COVID-19 lebih tinggi berbanding risiko kesan sampingan darah beku yang boleh berlaku akibat vaksin COVID-19. Malah perokok tegar dan wanita yang mengambil pil perancang keluarga lebih berisiko mengalami darah beku berbanding kejadian darah beku yang membabitkan penerima vaksin COVID-19.
Kejadian darah beku oleh vaksin COVID-19 adalah jarang berlaku. Untuk pengetahuan anda, mengikut statistik kejadian darah beku berlaku dalam 4 kes dalam 1,000,000 penerima vaskin. Kejadian darah beku yang berlaku disebabkan merokok adalah 1763 kes dalam 1,000,000 perokok.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini