
Sulit
5 tahun
Sesuatu tersangkut di tekak
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya sekarang sedang hamil anak pertama. Usia kandungan saya baru 25 minggu. Sejak mengandung saya sering terasa seperti ada sesuatu di tekak yang menyebabkan saya susah untuk menelan makanan saya. Kadangkala saya terasa seperti mahu tercekik ketika makan. Tidak kira apa jenis makanan pun yang saya ambil lembut mahupun keras ia akan terasa seperti ada sesuatu di tekak. Saya ingin tahu apakah simptom yang saya lalui ini biasa ataupun saya perlu berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pada tekak yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik)
- Radang tekak - akibat jangkitan kuman/kulat seperti kandidiasis
- Luka pada tekak - akibat makanan/minuman panas atau tulang ikan
- Divertikular Zenker - iaitu sejenis poket anatomi yang wujud di saluran makanan
- “esophageal stricture” akibat asid refluks berpanjangan atau ketumbuhan
- “Achalasia” iaitu sejenis masalah struktur tekak sempit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.