
Sulit
3 tahun
Setiap pagi berasa ketakutan nafas terhenti
Dok,saya ade masalah bila tidur nafas saya akan berkurangan.masa saya sedar saya bernafas mcm biasa.tapi bila start nak masuk ke mood tidur saya perasan pernafasan saya mcm berkurangan sehingga saya tidur nafas saya mcm terhenti.mlm td saya tersedar dlm keadaan susah nafas.saya ada ambil ubat penenang untuk anxiety.adakah ubat tu penyebab saya jadi mcm ni?bilakah kesan ubat penenang tu akan hilang?saya jadi berasa takut sangat skrg ni. Saya dah xamik dh ubat penenang tersebut.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengambil ubat penenag dan ingin mengetahui sebab anda mempunyai masalah dengan tidur anda.
Kami akan cuba membantu.
Anda disarankan tidak memberhentikan mana-mana ubat secara tiba-tiba,lagi lagi jikalau ia disarankan oleh doktor psikiatri anda.
Ini hanya boleh merosotkan keadaan anda dan menambah kegangguan anda sekaligus merosotkan tidur anda.
Selain daripada itu,beberapa masalah lain juga perlu dikenal pasti.
Antaranya ,
- Parasomnias seperti bercakap semasa tidur, berjalan semasa tidur dan mimpi buruk
- Apnea tidur yang menyebabkan pesakit berhenti bernafas seketika semasa tidur
- Kekurangan tidur yang mungkin disebabkan tidur yang tidak berkualiti, kurang tidur atau tidak cukup tidur
- Tekanan dan kegelisahan boleh mengganggu kemampuan anda untuk tidur atau tidur dengan lena
- Kemurungan boleh menyebabkan mengantuk yang berlebihan pada waktu siang dan insomnia
- Gangguan rutin tidur disebabkan kerja mengikut shift
- Ubat-ubatan tertentu
- Penyakit kronik, yang menyukarkan untuk tidur nyenyak
Oleh itu, harus diketahui terlebih dahulu punca kepada masalah anda sebelum rawatan boleh diberikan. Buat masa sekarang saya nasihatkan untuk anda
- Buat jadual tidur- pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi dan bangun pada waktu yang sama setiap hari
- Elakkan meminum kopi atau alkohol, melihat skrin alat elektronik seperti talefon atau laptop dan tidur di petang hari
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Kerap bersenam
- Dedahkan diri kepada matahari sebaik sahaja anda bangun
Kami menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor pakar agar boleh menerima rawata yang sepatutnya.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik disini untuk bercakap dengan pakar psikiatri