
itsqamarina
5 tahun
Sf , berak dan pernafasan
Anak saya bru nk masuk 2 bulan lg 5 hari ni. Bru baik selesema dan suction kahak dia haritu di PPUM. Dia menyusu badan dan susu dutch baby . Sblm ni pakai susu s26 , then dia mcm sakit perut and 3 hari sekali bru berak. Time tu warna kehijauan. So i decided nk tukar susu dutch . Tapi tetap dia berak 3hari sekali and tmbah dia mcm demam. Hari2 trun naik badan dia panas. Time dia meneran nk berak tu menangis . Skrg dia punya poop mcm cair and kekuningan. And plus dia punya pernafasan mcm bunyi berdengkur and kuat bunyinya. Mcm ada kahak and selesema but idk. Tkthu la kalau kahaknya masih ada lg ke apa. Mmg kuat bunyinya utk baby mcm dia. Tidurnya pun mmg tk lena…kdg bru lepas menyusu , minta lagi. And tidurnya pun tk lama. Kdg stgh jam n 1 jam dh bgun , like before this 2 jam skali bru dia bgun minta susu. And bila dia dh menyusu susah sgt dia nk sendawa. Wlpn pernah 1 jam saya tepuk dia , still dia tk sendawa. Risau dia tersedak susu… Adakah ni tanda susu tu tk sesuai dgn dia?
Susu apa ya doktor suggest elok utk baby mcm dia ? And pernafasan dia Benda semua tu normal ke ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang dialami anak anda ini sebaiknya dibawa untuk pemeriksaan doktor terlebih dahulu bagi mengenalpasti punca kepada masalah buang air besar dan pernafasan anak anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian