
Sulit
3 tahun
Simptom anxiety jika terjadi
Saya mempunyai anxiety sejak dua bulan lepas, antara simptom yg saya alami ialah bibir menjadi kering walau dah minum banyak air dan hidung yang tersumbat. Saya pernah bertanya pada Doctor yg sy pernah consult saya dia kata orang yang mengalami anxiety mmg begitu. Betul ke doctor? Ia membuatkn saya kurang confident yang saya sihat. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mental anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mempunyai masalah bibir menjadi kering walupun telah banyak minum air dan hidung tersebut. Anda juga ingin mengetahui tentang simptom untuk anxiety disorder. Saya faham anda berasa bimbang akan keadaan yang sedang dihadapi. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi maklumat yang berkaitan.
Untuk pengetahuan, simptom-simptom seseorang yang sedang menghadapi masalah anxiety disorder adalah seperti dibawah:
- Berpeluh
- Menggigil
- Berdebar
- Sesak nafas
- Kurang tidur
- Lemah
- Mual
- Tidak boleh mengawal emosi
- Panik
- Sakit dada
Anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengenal pasti simptom-simptom yang mungkin sedang dialami tetapi masih belum dikenal pasti, diagnosis dan rawatan yang tepat diperlukan untuk menangani masalah anda.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar psikatri kami secara atas talian sekiranya ingin mendapatkan keterangan yang lebih jelas. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.