
Sulit
3 tahun
Simptom bayi 10 bulan lebih
Hai doktor. Saya seorang ibu berusia 27 tahun. Bayi saya lelaki sekarang 10 bulan 9 hari merupakan bayi sulung. Sejak2 ni anak saya kerap bermain air liur kadang2 sampai meleleh. Anak saya dah tumbuh 6 nak masuk 7 batang gigi. Mula tumbuh gigi sejak pertengahan 8 bulan. Masa awal2 nak tumbuh Gigi dia takda main air liur banyak seperti waktu sekarang. ada skali Dua je dia main air liur waktu awal tumbuh gigi. Dan anak saya sudah boleh berjalan lebih kurang 10 langkah tanpa jatuh. Adakah simptom bayi saya normal untuk bayi 10 bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, untuk bayi 10 bulan, gigi masih tumbuh dan kurang koordinasi otot mulut yang sempurna.
Akibatnya, air liur akan mudah keluar dari mulutnya dan sering dimainkan untuk membentuk gelembung. Bayi juga terkadang menyemburkan air liurnya. Jadi, produksi air liur bayi dan orang dewasa memang tidak jauh berbeda, hanya saja air liur bayi lebih mudah keluar dari mulut. Jadi, ianya simptom biasa. Namun, jika simptom ini berlarutan untuk beberapa bulan seterusnya, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.