Sulit
2 tahun
Simptom dihadapi oleh bekas pesakit covid stage 4
hai doctor, ayah saya bekas pesakit covid stage 4. hampir 2 minggu ayah saya discharge dari icu. ayah saya masih tidak upaya untuk berdiri lama. dia juga setiap masa bergantung pada mesin oksigen, masih batuk berkahak tapi kahak nya berwarna putih, tiada suara dan selera makan bertambah. dia juga sering buang air kecil namun dia kurang minum air, dan sembelit. adakah simptom2 ini ada perkara biasa yg sering berlaku atau sebaliknya. Adakah masih ada peluang untuk sembuh kembali? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Penyembuhannya bergantung pada status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Selain itu, bekas pesakit covid stage 4 juga mungkin mengalami komplikasi Covid, seperti kelemahan fungsi paru-paru. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini