
chamarrisa
4 tahun
Simptom hamil sebelum dan selepas haid
Saya wanita berumur 23 tahun , sudah berkahwin selama 9 bulan dan sedang TTC tanpa pernah mengambil apa2 bentuk perancang kehamilan sepanjang tempoh berkahwin … Haid saya teratur tiap2 bulan dari zaman remaja sehingga sudah berkahwin. Baru-baru ni haid saya lewat selama 7 hari dan sepanjang tempoh ‘missed period’ tu saya alami mual2 , kejang perut , sakit ari2 , sakit belakang , pening kepala sehinggakan saya rasa saya sedang hamil. Tetapi upt saya -ve … Hari ke-8 saya ada bleeding dan saya fikir itu adalah implantation spotting … Esoknya saya mengalami ‘heavy flow’ dan saya percaya itu adalah darah period … Selepas period , saya masih lagi merasakan sakit2 sepertimana sakit yang saya alami dalam tempoh ‘missed period’ tersebut. Adakah perlu saya berjumpa dgn doktor o&g untuk pemeriksaan atau apa yang saya alami ni normal ? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Simptom-simptom yang anda alami merujuk kepada beberapa diagnosis seperti
- Kehamilan Ektopik
- Kehamilan Molar
- Keguguran (missed/complete/incomplete)
- Ketidakseimbangan hormon
- Endometriosis
Anda disarankan untuk merujuk kepada doktor pakar secara segera untuk mengetahui punca gejala anda. Ini adalah kerana pemeriksaan dan ujian sewajarnya harus dilakukan untuk rawatan yang sepatutnya.
Sila rujuk kepada doktor kami untuk penjelasan yang lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.